Tiada 'ramp', pintu kecil, mesin ATM UTC Sentul tak mesra OKU


  • Massa
  • Khamis, 08 Sep 2022

Gambar yang memaparkan kesukaran dihadapi OKU berkerusi roda ketika mahu menggunakan mesin ATM di UTC Sentul.

SATU daripada perkara yang perlu diberi perhatian ketika membina sesebuah perkhidmatan untuk kegunaan orang ramai adalah berkenaan kemudahan bagi orang kelainan upaya (OKU).

Namun berbeza pula keadaannya di UTC Sentul, Kuala Lumpur di mana perkhidmatan awam yang disediakan tidak mesra OKU.

Masalah itu dibangkitkan page Facebook, Warga Sentul Batu yang mana seorang OKU mengalami kesukaran ketika mahu menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

"Nama sahaja UTC, cakap ada macam-macam, tapi mesin ATM ada satu sahaja. OKU nak masuk pun tak boleh. Minta kerajaan ambil peduli hal ini," katanya.

Menerusi video yang disertakan bersama, mesin ATM itu terletak di dalam sebuah bilik kaca yang mempunyai pintu.

Ruang pintu itu terlalu kecil dan betul-betul memuatkan kerusi roda sahaja.

Bukan itu sahaja, terdapat bendul di depan pintu yang menghalang warga OKU khususnya yang berkerusi roda untuk masuk kerana tiada sebarang ramp disediakan.

Sementara itu, beberapa warganet juga mempertikaikan perkhidmatan bank yang disediakan dalam UTC tersebut.

305380158_1281398665964304_5275469910393336377_n

Bendul di pintu masuk ke mesin ATM di UTC Sentul yang menyukarkan pengguna OKU. — Facebook/Warga Sentul Batu

Masheza Tarsuni berkata, adalah lebih baik jika mesin ATM di UTC tersebut ditambah untuk kemudahan orang ramai.

"Tak tahu kenapa mesin ATM itu dah tinggal satu sahaja di situ. Kalau diikutkan, tempat itu memang tak mesra pengguna yang berkerusi roda," katanya.

Sementara itu, seorang lagi warganet, Sambal Racunz berkata, adalah lebih baik jika pintu tersebut dibesarkan bersama laluan untuk OKU dan ditambah lebih banyak mesin ATM.

Majoriti sedang berusaha untuk mendapatkan maklum balas daripada UTC Sentul dan pihak yang berkaitan yang lain berkenaan isu ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram