Qureshi, Laine terpalit kontroversi pemain kacukan didakwa minta FAM macam-macam


  • Podium
  • Rabu, 07 Sep 2022

Nama Qureshi (kiri) dan Laine tiba-tiba terpalit kontroversi meskipun belum tentu beraksi bersama skuad kebangsaan. — Agensi

KHABAR angin bertiup kencang mengenai sikap diva seorang pemain kacukan yang mahukan habuan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya khidmatnya diperlukan dalam skuad kebangsaan.

Menurut laporan Arena Metro yang memetik kenyataan sumber pada Rabu, pemain berkenaan mungkin diserapkan dalam skuad Bawah 23 Tahun (B-23).

Malah, kata sumber terbabit, ahli keluarga pemain itu mahu FAM menanggung semua perbelanjaan termasuklah membayar yuran ejen sebelum anaknya terbang menyertai pasukan kebangsaan.

Berdasarkan rekod, terdapat dua pemain kacukan yang ketika ini beraksi di luar negara pernah menyatakan minat selain turut menyertai kem latihan negara sebelum 'hilang' khabar berita.

Antaranya, pemain kacukan Malaysia-Finland, Noaa Laine yang pernah dipanggil untuk menjalani latihan pasukan negara untuk persiapan menghadapi Sukan Sea di Hanoi tahun lalu.

Noaa adalah pemain kelab Veikkausliiga Finland iaitu divisyen tertinggi piramid bola sepak Finland – Seinajoen Jalkapallokerho (SJK Seinajoki).

Seorang lagi adalah remaja berpangkalan di England, Jaami Qureshi, namun dia mendakwa tidak berpeluang mewakili negara susulan kononnya tiada usaha daripada FAM.

Melihat kepada perkembangan tersebut, rata-rata penyokong bola sepak kecewa dengan pemain yang identitinya masih belum diketahui itu.

Are lam berkata: " Hadoi! Belum serap dah demand (minta) macam-macam. Belum tentu tendang penalti masuk. Tak payah layanlah!"

"Ini bukan pemain yang cintakan pasukan negara tapi untuk dibayar. Eloklah tak payah ambil," kata Amirul Hong

Darul Ridzual menyambung:"Kalau hebat macam Antony (Manchester United) tak apa juga. Ini setakat liga simpanan, tak payahlah. Pemain itu tak akan ke Piala Dunia pun.

Kalau FAM layan juga, ternyata FAM satu persatuan yang lemah. Mereka kat sana bukan bermain skuad utama pun," tegas Atan.

Kata Tauke Bola: "Contohi Dion Cools. Macam tu lah baru pemain warisan sejati." Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram