Aib atau tidak, biar mahkamah yang akan tentukan — Mufti


  • Mukmin
  • Khamis, 08 Sep 2022

Puteri Balqis sebelum ini mendedahkan sikap buruk bapanya dalam satu program broadcast di YouTube.

ISU pelakon remaja terkenal, Puteri Balqis yang mendedahkan sikap buruk bapanya dalam satu program broadcast di YouTube mendapat perhatian ramai pihak.

Selain didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya, Puteri Balqia turut mendakwa bapanya memberikan layanan yang teruk terdahap ibunya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, remaja itu sewajarnya membuat laporan polis bagi membolehkan dirinya mendapat pembelaan undang-undang dan dilindungi dari sebarang ancaman kepada diri pada masa akan datang.

Sependapat dengan Idris, Mufti Terengganu, Prof Madya Dr Mohamad Sabri Haron berasakan Puteri Balqis sepatutnya melaporkan terlebih dahulu kepada pihak berkuasa berbanding menceritakannya kepada pihak lain.

Menurutnya, jika perkara itu dihantar kepada mahkamah, pihak tersebut yang akan menyelesaikannya dengan mempertimbangkan soal saksi yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

"Sebenarnya benda itu kita tak tahu pasal saksi. Jika nak bawah benda itu ke mahkamah dan maka perlulah buat laporan polis. Dalam perbincangan Fiqah yang dikatakan mangsa belasan umur itu perlu mengetahui adakah saksi itu betul nampak atau macam mana.

"Saksi kena jelas perlu tengok, dalam Mazhab Syafie itu pentinglah. Dalam mazhab lain Qarina perlu ada iaitu indvidu yang boleh mengesahka perkara itu berlaku. Itu prosedur dalam mahkamah.

"Benda-benda begini kalau berlaku kena telefon polis dulu. Itu sepatutnya, jangan buka aib dulu. Aib tak aib, mahkamah tentukan," katanya kepada Majoriti.

Dalam pada itu, bagi Mohamad Sabri, perkara yang menimpa Puteri Balqis itu adalah kerana kurangnya pendedahan agama mengenai batas-batas antara seorang ayah dan anak.

Jelasnya, seorang ayah perlu menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab dengan menerapkan ilmu-ilmu agama sebelum mengucap lafaz akad kepada seorang wanita lagi.

"Pendidikan penting elak perkara ini berlaku. Pendidikan kena memahami, anak kena faham. Cara didikan Islam yang sebenar. Sistem pendidikan berjalan dalam keluarga. Sebelum berkahwin lagi perlu belajar perkara itu. Sumbang mahram berlaku disebabkan itu," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram