Tun M keluar IJN, sambung kuarantin Covid-19 di rumah


  • Primer
  • Ahad, 04 Sep 2022

Tun Mahathir kini menjalani kuarantin di rumahnya sehingga Selasa depan.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 9.30 pagi pada Ahad.

Pejabatnya dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, Tun Mahathir akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa depan.

Terdahulu, Majoriti melaporkan yang Ahli Parlimen Langkawi itu disahkan positif Covid-19 pada Rabu lalu.

Tun Mahathir telah dimasukkan ke IJN untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan.

Kali terakhir Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu dimasukkan ke IJN awal Januari tahun ini untuk menjalani prosedur perubatan elektif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram