PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) gagal mencatat kemenangan ke-15 musim ini apabila sekadar seri 1-1 dengan Selangor FC 1-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu.
Pertembungan itu menyaksikan perlawanan seimbang antara kedua-dua pasukan yang saling berbalas serangan sebaik sepak mula bagi memburu gol pembukaan.
Namun pada minit ke-30, pemain import pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab dilihat ada melakukan sentuhan lembut kepada Arif Aiman Hanapi dalam kotak penalti yang mana membangkitkan kemarahan kapten Selangor, Brendan Gan apabila membantah keputusan pengadil.
Penalti kontroversi yang diberikan pengadil perlawanan itu mendapat bantahan pemain Selangor serta penyokong tuan rumah.
Namun, pengadil perlawanan tidak mengubah keputusan yang sudah dibuat sekali gus memberikan pasukan pelawat mendahului perlawanan dengan gol penalti jaringan Bergson Da Silva.
JDT mendahului perlawanan dengan jaringan penalti Bergson Da Silva. — Facebook/JDT
Bersambung babak kedua, anak-anak buah Nidzam Jamil terus menggandakan asakan bagi menyamakan kedudukan menerusi beberapa percubaan.
Kedua-dua pasukan masing-masing tidak menunjukkan kepenatan apabila rancak silih berganti memburu jaringan gol bagi membawa pulang tiga mata pada perlawanan tersebut.
Usaha pasukan Selangor akhirnya terhasil apabila pemain kelahiran Brazil, Herlison Caion berjaya menyamakan kedudukan dengan menolak bola mudah masuk selepas penjaga gol pelawat, Haziq Nadzli dilihat terkeluar dari posisi luar kotak penalti.
Keputusan kekal 1-1 sehingga tamat perlawanan sekali gus memaksa kedua-dua pasukan berpuas hati membawa pulang satu mata.
Anak-anak buah Nidzam Jamil terus menggandakan asakan bagi menyamakan kedudukan menerusi beberapa percubaan. — Facebook/Selangor FC
Walaupun berjaya mengikat JDT, rata-rata penyokong Selangor tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang memberikan penalti mudah kepada pasukan JDT.
"Kalau melibatkan perlawanan dengan JDT, selalunya keputusan dari pengadil agak meragukan, tolonglah FAM dan MFL pantau sikit," kata Mohd Sahri.
"Dengan Urawa Reds susah nak dapat penalti, perlu berterima kasih pada King of Malaya, MFL perlu gunakan VAR," jelas Tarmizi Solusi.
"Soft sangat foul nak bagi penalti itu, ini kalau pengadil Liga Jepun tengok dia ketawa sahaja," ujar Shahzidane Zainudin.
"Pengadil buat hal lagi, tolak sikit pun dah penalti, kalau pengadil Eropah tak layan nak bagi foul kalau kekasaran macam itu," luah Mohamad Nazmi.
Dengan keputusan seri itu, JDT kekal berada di tangga pertama Liga Super selepas mengumpul 42 mata manakala Selangor FC berada di tempat kelapan dengan 17 mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram