
TIDAK dinafikan, bukan semua majikan mahu mengambil seorang orang kelainan upaya (OKU) untuk bekerja dengan mereka.
Kemampuan OKU yang terbatas membuatkan ada sesetengah majikan yang terpaksa berfikir dua kali untuk mengambil mereka bekerja.
Menerusi tinjauan Majoriti di media sosial, terdapat OKU yang meluahkan kesusahan mereka dalam mendapatkan pekerjaan.
Isra Ellani berkata, dia mengakui kesukarannya untuk mendapatkan kerja kerana OKU fizikal dan terpaksa membuat kerja sendiri.
"Saya OKU masalah pembelajaran pun susah nak dapat kerja yang sesuai," kata Daniel Iskandar.
Ramai yang mengeluh kerana sukar mendapatkan kerja ekoran status OKU mereka.
Seorang lagi warganet, Kang Jant turut berkongsi kesukarannya mendapatkan kerja kerana merupakan seorang OKU fizikal.
"Saya OKU fizikal, kesan daripada strok. Sudah dua tahun lebih jalani temu duga sana sini. Semua reject bila tahu saya seorang stroke survivor dan tengok pergerakan saya.
"Saya sekarang buat kerja-kerja sendiri di kampung. Bolehlah buat tampung keperluan diri," katanya.
Dalam pada itu, Maya Shaza berkata, bukan semua OKU mampu menjalankan perniagaan sendiri.
"Nanti ada mulut yang kata, tak perlulah harapkan orang sangat. Buatlah perniagaan sendiri, lagi senang.
"Sedangkan dia tidak tahu yang bukan semua orang boleh menjalankan perniagaan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram