SEBUAH video tular menunjukkan seorang wanita ditolak dan ditampar oleh Ketua Parti Maharashtra Navnirman Sena (MNS), Raj Thackeray di Mumbai, India.
Mangsa, Prakash Devi, sebelum itu membantah pemasangan tiang pengiklanan kempen yang dipasang oleh ahli parti politik tersebut pada 28 Ogos lalu.
Pemasangan tiang daripada buluh itu diketuai oleh salah seorang ahli parti, Vinod Argile.
Menerusi video berdurasi 80 saat, beberapa orang dilihat menghalang lelaki itu daripada berterusan memukul wanita terbabit.
Bukan sahaja memukul, dia juga dilihat menolak mangsa sehingga jatuh terduduk di atas jalan raya tersebut.
Berdasarkan laporan berita, punca Prakash Devi dipukul dipercayai kerana melarang lelaki berkenaan untuk tidak memasang tiang di hadapan kedai ubatnya.
Wanita itu mendakwa dia bukan sahaja dipukul malah turut dilemparkan dengan kata-kata makian.
Polis tempatan berkata, mangsa membuat laporan beberapa hari selepas kejadian itu dan pemeriksaan kesihatan wanita terbabit sudah dilakukan yang mana pihak berwajib akan mengambil tindakan segera.
Sementara itu, parti MNS tidak memberikan maklum balas berhubung kejadian tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram