TINDAKAN seorang lelaki yang melakukan kekerasan kepada wanita orang kurang upaya (OKU) dan seorang bayi, mengundang perhatian apabila mangsa memohon pertolongan ramai berikutan penderaan yang dihadapi.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di Sabah namun lokasi sebenar masih belum diketahui setakat ini.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok Joe@DusunSabahan, lelaki itu dipercayai melakukan penderaan kepada isteri dan juga bayinya selepas mangsa menunjukkan beberapa kesan dera dan perbuatan ganas oleh suspek.
Kejadian itu nyata mengundang kemarahan netizen apabila mendapat lebih 173,000 jumlah tontonan di TikTok.
Menurut seorang warganet, Bunga Lilin1388, dia menyeru agar siasatan dijalankan segera ke atas suspek.
"Tolong buat siasatan, kasihan isterinya dia cuba beritahu kita semua yang diri serta anaknya didera," katanya.
"Bayi tu macam mana? Allahu kasihannya.. saya dah tak tahu nak kata apa geram betul rasanya, jangan la bagi dia balik ikut suami kalau tak jadi lagi teruk nanti," kata Feza.
"Aku sedih la kenapa sampai naik kaki tangan dekat anak bini, buat laporan polis terus kasi lelaki tu masuk penjara seminggu dua, geram marah semua ada sekarang ni," tulis Wanhartida.
Orang ramai turut mendakwa bahawa suspek merupakan warga Rohingya kerana bahasa dan pertuturan yang digunakan seperti pendatang asing.
Namun sehingga kini tiada sebarang maklumat lanjut mengenai kes tersebut dan status kewarganegaraan suspek juga masih belum diketahui. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram