Percutian bertukar tragedi, wanita Malaysia jadi mangsa culik di Kemboja


  • 112
  • Jumaat, 02 Sep 2022

Pegawai dari Biro Siasatan Jenayah Taiwan memeriksa dua suspek yang dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan beroperasi di Kemboja. — AP

SEORANG wanita Malaysia mengalami detik-detik ngeri ketika bercuti di Kemboja selepas dia diculik dan dipaksa bekerja untuk pusat panggilan penipuan.

Menurut Ketua Pemuda MCA Melaka, Denis Lee Han Lim, mangsa yang dikenali sebagai Qiu menghubunginya untuk mendapatkan bantuan pada 15 Ogos apabila wanita itu terpaksa dikuarantin selepas dijangkiti Covid-19.

“Qiu pergi ke Kemboja pada 23 Julai. Bagaimanapun, ketika dia sedang makan malam pada 7 Ogos, sekumpulan warga China tiba-tiba mengepungnya.

"Walaupun berkali-kali menjerit meminta tolong, tiada sesiapa datang membantunya," kata Han Lim dari menurut laporan Sin Chew Daily.

Beliau berkata, apabila samseng itu gagal memaksa mangsa untuk memindahkan semua wang daripada akaun banknya kepada mereka, mereka ingin menjualnya kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Han Lim mendedahkan bahawa Qiu akhirnya dijual kepada pusat panggilan penipuan dan terpaksa bekerja untuk mereka.

Selepas mendapatkan butiran Qiu, Han Lim segera menyampaikannya ke pejabat Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Sar Kheng melalui media sosial pada 21 Ogos.

“Pada 23 Ogos, Cik Qiu secara peribadi memaklumkan kepada saya bahawa dia berjaya diselamatkan. Dia kini sedang membantu polis dalam siasatan dan akan kembali ke Malaysia tidak lama lagi,” katanya.

Han Lim berkata, rakyat Malaysia mendapat permintaan tinggi oleh sindiket jenayah kerana kecekapan mereka dalam pelbagai bahasa.

Mereka ditugaskan untuk menipu kebanyakan orang di negara Barat. The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram