Didakwa bunuh rakan senegara di Balik Pulau, warga Bangladesh berdepan hukuman mati


Seorang tukang cuci warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di Balik Pulau pada Jumaat atas pertuduhan membunuh rakan senegara dalam kejadian Ogos lepas. — Bernama

SESEORANG tukang cuci warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di Balik Pulau, Pulau Pinang pada Jumaat atas pertuduhan membunuh rakan senegara dalam kejadian Ogos lepas.

Tertuduh, Mohammad Imran Miah, 32, didakwa membunuh rakannya Alam Safiq di Jalan TAR di hadapan pintu masuk Kompleks Astaka Bukit Gedung, Bayan Baru di Balik Pulau pada pukul lebih kurang 9.30 malam hingga 11.17 malam, 21 Ogos lepas.

Video tular penemuan mayat Alam Safiq.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan tertuduh hanya mengangguk faham ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

Mohammad Imran didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Asharaf Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 23 November ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat.

Pada 22 Ogos lepas, media melaporkan seorang lelaki warga asing maut dipercayai ditikam dalam pergaduhan di kawasan Bukit Gedung, Bayan Baru dekat Balik Pulau. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram