‘Selamba je 2 lelaki rembat tangga macam bapak dia punya’


  • Tular
  • Sabtu, 27 Ogos 2022

Tangkap layar video kejadian curi tangga baru-baru ini, seperti yang tular di media sosial.

KES jenayah di negara ini semakin menjadi-jadi, apabila si pelaku dilihat tidak gentar akan tindakan undang-undang yang bakal dihadapi kelak.

Ini termasuk ada yang terdesak mencuri meskipun harga barangan terlibat tidak terlalu mahal.

Terbaharu, dua orang lelaki tanpa segan silu dilihat mencuri sebuah tangga besi di sebuah kawasan perumahan.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kedua-dua suspek yang menaiki motosikal itu pada mulanya dilihat berhenti di tempat kejadian.

Seolah-olah sudah lama menyasarkan barangan itu, seorang daripada suspek yang memakai topi turun daripada kenderaan mereka, sebelum mencapai dan mengangkat tangga tersebut.

Sementara itu, seorang lagi suspek yang memakai topi keledar dilihat berlegar-legar di kawasan berkenaan menggunakan motosikal mereka.

Mereka kemudian berlalu pergi, selepas suspek memakai topi berjaya mendapatkan barangan curi berkenaan.

Perkara itu dikongsikan oleh mangsa menerusi laman TikTok.

Menurut mangsa yang dikenali sebagai fiqazairy, dia sudah pun membuat laporan polis kes kecurian itu, manakala identiti suspek juga dikenal pasti.

Kejadian dipercayai berlaku pada Khamis lalu sekitar pukul 12.40 tengah hari, manakala lokasi kejadian masih belum dapat dipastikan.

Majoriti sedang cuba menghubungi fiqazairy untuk mendapatkan maklumat lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram