Ramai persoal, harga roti sosej di hospital JB cekik darah


  • Tular
  • Rabu, 17 Ogos 2022

Harga roti sosej bersaiz kecil yang dianggap mahal tular di media sosial baru-baru ini. — Facebook

SEORANG lelaki kesal apabila harga makanan yang dikenakan oleh kedai roti di salah sebuah hospital di Johor Bahru, Johor dianggap terlalu mahal.

Dalam kejadian baru-baru ini, pengadu, Choudhry Sundaram Padiachee berkata, dia hanya mahu menjamah roti sosej ayam bersaiz kecil, namun terkejut dengan harganya bernilai RM5.

Menerusi perkongsian gambar roti tersebut, ia dilihat lebih pendek berbanding resit pembelian.

"Ya, anda lihat harga RM5 untuk roti sosej yang ringkas. Keluar sekejap kedai tersebut kot-kot berada di shopping mall (pusat beli-belah), yang mana harga sewa kedai mahal, jadi harga roti mahal okaylah.

"Tanya balik cashier (penjaga kaunter) untuk reconfirm (mengesahkan) harga sosej ni. Cashier angguk dan cakap ya, memang harganya seperti tertera pada resit tersebut," katanya menerusi laman Facebook.

Dia juga mempersoalkan tentang bagaimana keluarga pesakit atau kakitangan mahu menyokong perniagaan di hospital berkenaan, sekiranya harga makanan atau produk yang dikenakan terlampau mahal.

"Sewa tapak dekat hospital kerajaan mahal sangat ke sampai kena naikkan harga macam ni. Ataupun harga bahan mental mahal sangat?" tambahnya.

template (12)

Tangkap layar maklum balas Jabatan Kesihatan Johor.

Menerusi hantaran berasingan, Choudhry Sundaram Padiachee turut berkongsi tangkap layar maklum balas daripada Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Maklum balas itu menyatakan bahawa hospital berkenaan akan menjalankan siasatan berhubung aduan tersebut.

Malah, pengadu juga akan dimaklumkan sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan.

"Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan membangkitkan perkara ini kepada pemerhatian kami.

"Pihak kami mengalu-alukan maklum balas daripada orang awam bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kami," kata jabatan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram