Video tular jadi bukti, pelancong tangkap ikan di taman negara kena cekup


  • Benua
  • Selasa, 16 Ogos 2022

Roslan Bendenia (duduk ) dari Belanda, ditahan atas pertuduhan menangkap ikan secara haram di Taman Negara Mu Koh Phi Phi di wilayah Krabi. — Agensi

PADAH memuat turun video menangkap ikan Bayan menggunakan senapang ikan di akaun TikTok, seorang pelancong asing telah ditahan polis.

Pelancong berasal dari Belanda itu telah ditahan setelah videonya menangkap ikan secara haram di perairan Taman Negara Mu Koh Phi Phi di wilayah Krabi, Thailand tular.

Tindakannya itu sekali gus mengundang kemarahan penduduk tempatan.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Varawut Silpa-archa, suspek yang dikenali sebagai Roslan Bendenia telah ditahan oleh pegawai taman negara di Phuket pada petang Isnin.

Silpa berkata, video yang dimuat turun suspek melalui akaun TikToknya menunjukkan Bendenia memegang seekor ikan Bayan, seekor belut dan dua lagi ikan yang belum dikenal pasti spesiesnya.

Sebelum itu, Ketua Pengarah Jabatan Laut dan Sumber Pantai, Sophon Thongee telah menunjukkan lelaki itu membawa tiga ekor ikan Bayan, dua ikan lain, dan menikam seekor belut.

Ketika ditahan, Bendenia mengaku menangkap ikan-ikan tersebut namun memberitahu polis dia tidak menyedari kawasan itu berada di dalam taman negara.

Menurut suspek, dia pergi ke kawasan taman negara itu menggunakan khidmat sebuah bot sewa dari Koh Phi Phi ke Taman Negara Hat Noppharat Thara-Mu.

Kapten bot tersebut, Krisana Thodthing telah membawa suspek ke taman negara itu .

Polis turut akan menjalankan sisatan terhadap pemilik bot dan seorang lagi individu tempatan yang menyewakan senapang ikan kepada Bendenia. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram