Wanita nyaris rentung akibat van terbakar di Kota Marudu


  • 112
  • Ahad, 14 Ogos 2022

Van yang dinaiki mangsa sudah terbakar sepenuhnya ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian.

SEORANG wanita cedera apabila van yang dipandunya terbakar apabila terlibat dalam kemalangan di Jalan Langkon, Sabah awal pagi Ahad.

Wanita itu sempat menyelamatkan diri apabila melihat asap keluar dari bahagian enjinnya selepas berlanggar dengan sebuah lagi kenderaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Misran Bisara berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5.51 pagi.

"Van itu sudah terbakar ketika anggota bomba tiba dan pemandu juga berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari kenderaan.

"Mangsa diberikan rawatan awal oleh kakitangan perubatan di tempat kejadian.

"Mangsa kedua iaitu seorang pemandu lelaki yang terlibat dalam kemalangan sama tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Wanita yang cedera itu kemudiannya dihantar ke hospital," katanya.

Menurut Misran, operasi ditamatkan pada pukul 6.10 pagi selepas pasukan memastikan tiada lagi unsur berbahaya di tempat kejadian. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram