'Organ paling mahal adalah otak,' wanita kecewa sikap pemandu halang laluan OKU


  • Tular
  • Ahad, 14 Ogos 2022

Tangkap layar menunjukkan kereta Perodua Myvi yang menghalang laluan OKU.

RAMP merupakan satu-satunya cara bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berkerusi roda untuk bergerak ke kaki lima atau mengelak laluan bertangga.

Ia juga dibina bagi memudahkan pergerakan OKU untuk bergerak menaiki atau menuruni tempat yang tinggi.

Namun begitu, masih terdapat segelintir pihak yang mementingkan diri sendiri apabila menghalang laluan khas itu.

Terbaru, seorang pengguna TikTok intanharith berkongsi sebuah video yang mana sebuah kereta Perodua Myvi diparkir pada bahagian ramp di tempat khas yang digunakan untuk OKU sehingga menyusahkan orang lain.

"Betul apa orang cakap, organ paling mahal ialah otak.

"Tetapi sebab jarang digunakan, viralkan saja," tulisnya.

Menurut wanita tersebut, kereta itu telah menyebabkan kesukaran kepada orang ramai kerana menghalang laluan pengguna OKU termasuk ayahnya yang menggunakan kerusi roda.

"Saya marah dan berpeluh tunggu nak turunkan abah ke jalan raya.

"Kena pusing jauh dan menggunkan jalan satu lagi untuk turunkan.

"Masa dah tolak abah ke jalan raya, baru pemandu lelaki tu datang tanpa rasa bersalah.

"Minta maaf pun tidak," katanya menjelaskan situasi tersebut yang dipercayai berlaku pada Sabtu.

Sikap pentingkan diri sendiri pemandu itu turut mengundang kemarahan orang ramai dan ada juga warganet yang meminta wanita itu melaporkan kejadian itu pada pihak berkuasa.

"Sudah terang ada papan tanda OKU, masih juga nak parkir di situ. buat report pada pihak yang berwajib," kata JJ123o.

"Myvi kan? Dia memang berani buat salah," kata akuinsanhina.

"King tetap king. Di mana-mana sentiasa buat kesalahan. mungkin dia juga cacat otak," tulis _Mo_O.

Tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian itu berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram