Di sebalik tewas, rupanya peminat Kedah 'terpikat' pemain PSM Makassar, bajet ada ke?


  • Podium
  • Sabtu, 13 Ogos 2022

Peminat mengharapkan Yuran Fernandes Rocha Lopes diberi perhatian untuk dibawa masuk ke kedah musim depan. — Agensi

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) melalui musim yang cukup muram tahun ini.

Lebih parah lagi, KDA FC terpaksa melupakan saingan Piala AFC 2022 selepas kalah 1-2 ditangan PSM Makassar pada aksi separuh akhir Zon Asia Tenggara yang berlangsung di Stadium Capt I Wayan Dipta, Bali Selasa lalu.

Walaupun kalah kepada PSM Makassar namun seorang penyokong Kedah Tanjung Tokong merasakan pemain dari pasukan lawan Yuran Fernandes Rocha Lopes harus diberi perhatian untuk dibawa masuk ke Kedah musim depan.

Selain mengalami masalah kecergasan, skuad Sang Kenari dilihat turut mempunyai masalah di bek pertahanan setiap kali bertembung pasukan lain.

Dengan adanya pemain seperti Yuran kata peminat itu, ia dapat menguatkan lagi benteng pertahanan skuad kendalian Aidil Shahrin Sahak itu.

Ini kerana katanya, pemain berketinggian 1.98 meter itu mempunyai kriteria yang bersesuaian untuk pasukan.

"Aku minat defend PSM Makassar ini.

"Tinggi dan padu heading, boleh main role formation 3 center back.

"Harap Kedah boleh dapatkan dia untuk musim depan," tulisnya.

KDA FC kini sedang bergelut untuk mencari kemenangan dan mendapat kritikan penyokong. — Facebook/KDA FC

KDA FC kini sedang bergelut untuk mencari kemenangan. — Facebook/KDA FC

Walaupun ramai yang setuju dengan cadangannya, ada yang mempertikaikan bajet pengurusan Kedah.

"Nak dapat pun kena ada bajet. Kalau bajet tahun depan setakat macam tahun ini, mimpi saja la," kata Farhan Syaff.

"Kalau sesuai dengan KDA FC tolong ambil," kata Aiman Johary.

"Duit mana ada, pemain Malaysia yang bagus tak mampu nak ambil, biarlah mana yang ada sekarang berlatih betul-betul.

"Mana tahu nanti geng ni meletup," tulis Fadzil Salleh.

Menuju musim depan, pasukan Hijau Kuning itu sudah boleh mula mencari bintang import baru bagi memperkuatkan pertahanan.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram