KECOH selepas Crackhouse Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Selangor disimbah cat berwarna merah dan hitam dalam pada Selasa pagi.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi pada Selasa tadi melibatkan dua individu tidak dikenali.
Menerusi gambar yang tular di media sosial, papan tanda premis tersebut disimbat cat warna merah dan hitam.
Malah, simbahan cat itu juga terkena di premis yang berada di bawah tempat tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian itu.
Untuk rekod, Crackhouse Comedy Club sebelum ini menjadi tumpuan susulan satu video tular yang berlaku di lokasi tersebut.
Video berdurasi 54 saat itu memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.
Wanita tersebut, Siti Nuramira Abdullah, 26, kemudian telah ditahan dan dibawa ke mahkamah namun mengaku tidak bersalah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram