Desak rombak besar-besaran, ini 5 pemain 'in & out' Kedah musim depan


  • Podium
  • Selasa, 19 Jul 2022

Penyokong setia Kedah mendesak mahukan perubahan dalam pasukan Kedah seperti melakukan rombakan pasukan pada musim hadapan. — Facebook KDA FC

KEKALAHAN berturut-turut yang dihadapi Kedah dalam perlawanan menentang Terengganu FC baru-baru ini sudah cukup memeritkan dan menyedihkan hati penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Penyokong setia Kedah mendesak mahukan perubahan dalam pasukan Kedah seperti pertukaran jurulatih iaitu dengan memecat Aidil Sharin Sahak.

Bukan sahaja laungan #Aidilout yang dilontarkan oleh para penyokong, malah mereka juga menyarankan beberapa nama yang berkemungkinan akan digugurkan dan memberi cadangan pemain lain untuk menganggotai skuad Sang Kenari pada musim hadapan.

Berikut adalah senarai pemain Kedah yang patut disingkirkan dan beberapa tonggak dari kelab lain untuk diintai pasukan Sang Kenari sebagai persediaan musim hadapan.

Lima pemain KDA FC yang berkemungkinan akan dikeluarkan:

1) Ronald Ngah Wanja

ngah

Ronald Ngah mula sertai Kedah pada musim 2022. — Facebook KDA FC

Sejak menyertai Kedah pada musim ini, Ronald Ngah masih mendapat kritikan daripada penyokong kerana gagal menjadi pencetak gol yang baik jika dibandingkan dengan nilainya ketika dibeli yang mencecah RM1.9 juta.

Dalam 10 perlawanan Liga Super yang berlangsung, Ronald Ngah baru mencetak tujuh gol bagi saingan Liga Super, manakala pada saingan Piala AFC, beliau menyumbang tiga jaringan sahaja.

Jumlah jaringan yang disumbangkan oleh pemain kelahiran Cameroon itu belum memuaskan hati penyokong lagi dan sebaliknya mendesak agar khidmatnya dihentikan pada musim hadapan.

2) Marc Vales

Kecederaan yang dihadapi oleh pemain pertahanan import kelahiran Andorra, Marc Vales itu merupakan alasan kukuh buat pengurusan KDA FC untuk menggugurkannya dari menganggotai Sang Kenari.

Malah, Varc juga berkemungkinan sudah bersedia menghadapi kenyataan itu apabila baru-baru ini pemain itu membuat ucapan yang ditujukan khas kepada penyokong KDA FC berkenaan rasa terkilannya kerana tidak dapat bersama pasukan.

marc vales

Baru-baru ini, Vales (kanan) membuat ucapan khas kepada penyokong KDA FC. — Facebook KDA FC

3) Sanrawat Dechmitr

Pemain import pasukan Kedah, Sanrawat Dechmitr mula menyertai pasukan negeri itu pada jendela perpindahan musim kedua dan kehadirannya itu mulai digemari penyokong setia KDA FC kerana prestasinya yang cukup cemerlang sebagai pemain tengah.

Namun, dengan status Sanrawat yang hanya menyertai Kedah sebagai pinjaman dari Bangkok United FC, penyokong terpaksa menerima hakikat bahawa pemain itu hanya dipinjamkan untuk menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim 2022.

4) Azamuddin Akil

Dengan usia 37 tahum, faktor umur merupakan alasan terkuat pemain sayap, Azamuddin Akil boleh digugurkan dari menjadi skuad KDA FC pada musim hadapan.

Malah, berdasarkan laman Transfermarket juga, dia juga jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan itu bagi setiap perlawanan yang diadakan baik saingan Liga Malaysia mahupun peringkat Kempen Piala AFC tempoh hari.

5) Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim

Penjaga gol Kedah FC itu dipetik berikutan aksi kurang cemerlang sepanjang dua perlawanan menentang pasukan Terengganu baru-baru ini.

Merujuk pada laman Transfermarket, sepanjang lima perlawanan dipilih sebagai penjaga gol utama Kedah, gawang anak jati Alor Setar itu dibolosi sebanyak enam kali oleh pihak lawan.

Lima pemain yang berpotensi direkrut Kedah:

1) Syihan Hazmi

Aksi cemerlang Syihan Hazmi bersama pasukan kebangsaan sewaktu aksi akhir Kumpulan E pada kempen kelayakan Piala Asia 2023 menentang Bangladesh boleh menjadi alasan buat pasukan Kedah merekrutnya pada musim hadapan

Syihan Hazmi yang juga penjaga gol Negeri Sembilan FC sering diberi tanggungjawab sebagai penjaga gol utama pasukan itu dan sekaligus berjaya membuktikan kebolehannya kepada penyokong bola sepak tanah air

2) Khuzaimi Piee

khuzaimi

Kontrak Khuzaimi dijangkakan tamat penghujung November bersama NSFC. — Facebook NSFC

Pertahanan tinggi lampai, Khuzaimi Piee konsisten memperagakan aksi yang amat baik bersama Negeri Sembilan FC (NSFC) apabila berjaya mengemudi pasukan itu untuk kekal menduduki tangga teratas Liga Super.

Berita baik buat Kedah, kontrak Khuzaimi yang dijangka tamat penghujung November ini boleh menjadi peluang buat Kedah menyambar pemain itu bagi mengukuhkan kawasan pertahanan bersama Rodney Celvin.

3) Sony Norde

Pemain sayap Melaka United, Sony Norde yang dikatakan memilih untuk keluar dari kelab tersebut itu kini menjadi rebutan beberapa kelab liga tempatan dan Indonesia.

Berdasarkan laporan Majoriti sebelum ini, Norde sesuai mengisi bahagian serangan KDA FC dan jika menyertai Kedah, dia mampu memberi kesan positif kepada pasukan terutamanya menjelang saingan peringkat kumpulan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tidak lama lagi.

sony

Sony Norde (kiri) mengesahkan akan meninggalkan Melaka United. — Facebook Melaka United

4) Shakir Hamzah

Muhammad Shakir Hamzah ialah seorang pemain bola sepak profesional Singapura yang bermain sebagai bek kiri dan kini pemain berusia 30 tahun itu mewakili Tanjong Pagar United pada saingan Liga Perdana Singapura.

Malah, dia juga bukan nama asing dalam kalangan penyokong Sang Kenari kerana pengalamannya yang pernah mengemudi benteng pertahanan Kedah FA pada musim 2019 dan 2020.

5) Pedro Paulo

Mengisi kuota import pada musim hadapan, penyokong menyarankan nama peman berasal dari Brazil, Pedro Paulo bagi memperkukuh barisan serangan dan penyudah Kedah yang kian tumpul.

Pemain berusia 28 tahun itu tidak akan berjanggal bermain di Liga Malaysia kerana pengalamanya bersama beberapa kelab asia tenggara seperti Viettel FC (kelab Vienam) dan pernah mewakili kelab itu pada saingan Piala AFC 2022.

Pada saingan Piala AFC 2022, dia berjaya jaringkan lima gol dan satu hantaran menerui tiga perlawanan kejohanan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram