POLIS menahan seorang penceramah bebas di Kuala Selangor, Selangor pada Isnin kerana disyaki terlibat kes rogol seorang remaja perempuan.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S.Sasikala Devi berkata, pada 16 Julai selepas polis menerima laporan yang dibuat seorang remaja berusia 14 tahun itu yang mendakwa dirogol.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati pengadu berkenalan dengan suspek yang berumur dalam lingkungan 30-an itu sejak Mei tahun lepas.
"Bermula dari perkenalan itu pengadu dan suspek beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi berbeza," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya bertindak hasil maklumat, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor menahan suspek kira-kira pukul 4.50 petang pada Isnin di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, Selangor.
Sasikala Devi berkata, suspek kini direman lima hari bermula Selasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram