Polis cekup 2 suspek kes bunuh, rampas peralatan seks


  • 112
  • Rabu, 13 Jul 2022

Selain tangkapan, polis turut menemukan beberapa peralatan seks di rumah suspek.

DUA lelaki tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dengan kes pembunuhan seorang lelaki warga asing yang ditemukan maut terjatuh dari tingkat 17 sebuah kondominium di Kelana Jaya, Selangor pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kedua-dua suspek ditahan di kondominum sama.

"Kita menerima maklumat awam berhubung penemuan mayat lelaki itu kita-kira pukul 2.50 petang pada Selasa.

"Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemukan tanpa pakaian dan tiada identiti serta disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Sungai Buloh," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohamad Fakhrudin berkata, susulan penemuan mayat itu, pihaknya telah membuat satu serbuan ke sebuah rumah kira-kira pukul 10.15 malam hari sama lalu menahan dua lelaki berusia lingkungan 40-an.

Selain tangkapan, pihaknya turut merampas pelbagai barangan peribadi seperti telefon bimbit dan pelbagai peralatan seks.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram