KERJA-KERJA pengalihan semula tiang elektrik dan komunikasi menjadi punca kelewatan naik taraf sistem perparitan di Jinjang Utara, Kuala Lumpur.
Aktivis komuniti, Yee Poh Ping berkata, kerja naik taraf sistem perparitan itu melibatkan jarak sejauh 390 meter di sepanjang Jalan Jinjang Indah 3 yang bermula pada Februari tahun lalu dan sepatutnya selesai dalam tempoh tujuh bulan.