Air manis punca berat badan naik


  • Sihat
  • Rabu, 13 Jul 2022

Minuman manis boleh menyebabkan kenaikan berat badan. — Gambar hiasan

SATU daripada kajian yang diterbitkan dalam The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism mendapati bahawa minuman mengandungi sukrosa menghasilkan hormon mengawal selera makan yang lebih rendah.

Sukrosa berbeza dengan glukosa iaitu sejenis gula dalam aliran darah.

Sukrosa ialah gula pasir yang banyak ditemui di pasaran.

Ia terdiri daripada glukosa dan fruktosa.

Sukrosa selalu ada dalam makanan yang diproses seperti soda, gula-gula, bijirin dan makanan dalam tin.

Sebaliknya, glukosa pula boleh didapati dalam makanan seperti madu dan buah-buahan kering.

Penyelidik mendapati bahawa individu yang mengambil minuman mengandungi sukrosa mempunyai hormon yang membuatkan mereka sentiasa lapar.

Perkara itu tidak berlaku ketika mereka mengambil minuman yang mengandungi jumlah glukosa yang sama.

Ini bermakna apabila seseorang itu mengambil minuman manis, badan mereka keliru untuk menentukan sama ada mereka kenyang atau sebaliknya.

Faktor tersebut yang membuatkan seseorang itu makan lebih banyak dan mengalami kenaikan berat badan.

Ini bermaksud, menolak minuman bergas sebagai satu cara untuk hidup sihat sahaja tidak mencukupi.

Malah, kajian yang diterbitkan The Journal of American College of Cardiology mendapati kesemua minuman manis boleh memberi risiko kepada kesihatan terutamanya jantung. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram