
EMPAT maut dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, Ipoh, Perak pada Rabu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada pukul 3.02 petang melibatkan enam kereta dan sebuah treler.
Menurutnya, kemalangan mengakibatkan empat mangsa dengan tiga daripadanya wanita tersepit.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya dihantar ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa.
"Pegawai perubatan yang hadir ke lokasi mengesahkan kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.
Kesemua mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Operasi tamat pada pukul 4.16 petang. — Sinar Harian
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram