Kisah Mat Kilau jadi iktibar perjuangan Pas Selangor


  • Politik
  • Selasa, 05 Jul 2022

Pas Selangor jadikan kisah Mat Kilau sebagai iktibar perjuangan parti.

PENGALAMAN perit getir para pejuang dan pahlawan Melayu silam perlu dijadikan iktibar dalam mendepani cabaran semasa terutama demi penyatuan ummah.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, perjuangan pahlawan Mat Kilau seperti dalam filem 'Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan' menunjukkan asas kekuatan sesuatu bangsa terletak kepada keupayaan mereka bersatu dan berpegang teguh pada agama.

"Kekuatan ummah juga mampu memberi dan menjamin keadilan buat semua termasuk dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Selangor.

"Ia juga teras yang akan menjamin terbela nasib serta masa depan agama, bangsa dan tanah air ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, Pas Selangor akan terus terajui politik perpaduan dan penyatuan ummah demi membawa kestabilan dan kesejahteraan di Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram