Sedia kehilangan Leandro, JDT ada backup ex-Juventus


  • Podium
  • Selasa, 05 Jul 2022

Giovinco juga membaris kesebelasan utama pasukan kebangsaan Itali pada 2011.

SEDIAKAN payung sebelum hujan. Demikian pepatah yang sesuai digambarkan kepada Johor Darul Takzim (JDT) apabila tetap bersedia dengan sebarang kemungkinan pada saat-saat akhir atau ketika kekurangan pemain.

Hal ini kerana, Harimau Selatan difahamkan bakal membawa masuk seorang pemain import, sekiranya sebarang kecederaan berlaku kepada pemain tengah, Leandro Valesquez.

Ura-ura mengatakan pemain tersebut adalah bekas pemain kebangsaan Itali, Sebastian Giovinco.

Giovinco mempunyai pengalaman bermain di Liga Itali dengan pernah menyarung jersi pasukan terkenal Juventus selama lima musim sebelum berhijrah ke Toronto FC pada 2015.

WhatsApp Image 2022-07-04 at 10.37.33 PM

Giovinco memulakan kariernya bersama Juventus pada 2005.

Pemain berusia 35 tahun itu masih kekal menyinar bersama kelab Kanada itu yang mana dia berjaya meledak 83 gol dalam 142 penampilan dan merangkul pelbagai anugerah individu seperti pemain paling bernilai (MVP), penjaring terbanyak dan anugerah muka baharu terbaik tahunan.

Malah, dia turut dinamakan dalam kesebelasan utama terbaik liga selama tiga kali (2015-2017) dan pasukan bintang empat kali (2015-2018).

toronto

Giovinco berhijrah ke Major League Soccer (MLS) dengan sertai Toronto FC pada 2015.

Meskipun tubuhnya tidak seperti pemain Eropah lain, namun kelincahannya ketika menggelecek, berlari dan mempunyai kawalan bola yang sangat baik membolehkan dia menewaskan lawan dengan mudah.

Rumour penghijrahan Giovinco ke skuad Harimau Selatan boleh menjadi benar kerana berdasarkan laman transfermarket, kontrak pemain itu bersama UC Sampdoria sudah tamat pada 30 Jun 2022.

Kedatangan pemain berketinggian 1.64 meter itu ke JDT boleh mengulang kembali kemenangannya di peringkat Liga Juara-juara Asia (ACL) kerana sebelum ini Giovinco berjaya membawa Al-Hillal menjulang kejohanan itu pada 2019.

Skuad Harimau Selatan kelihatan sangat bersedia untuk kejohanan ACL apabila berjaya membawa masuk pemain naturalisasi Indonesia, Jordi Amat dan bekas bintang Kuala Lumpur City FC, Daniel Ting. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram