Penduduk Felda Triang kejar lelaki curi kelapa sawit guna Proton Iswara


  • Tular
  • Khamis, 23 Jun 2022

Tangkap layar kenderaan yang ditinggalkan suspek selepas 'kantoi' mencuri kelapa sawit.

SEORANG lelaki yang disyaki mencuri kelapa sawit melarikan diri selepas dikejar penduduk kampung kerana mencuri kelapa sawit.

Difahamkan, kejadian berlaku pada Rabu di hadapan simpang Felda Triang 3, Pahang.

Menerusi video berdurasi selama 30 minit itu, pencuri kelapa sawit itu dikatakan mencuri hasil tanaman menggunakan kereta jenis Proton Iswara.

Suspek dipercayai dikejar penduduk kampung sehingga kereta yang dipandu terbabas ke tepi jalan sebelum melarikan diri daripada dicekup penduduk.

Menerusi video itu juga, dapat dilihat beberapa biji buah sawit yang dicuri disorokkan di bahagian tempat duduk belakang kenderaan tersebut.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, ada yang menyatakan bahawa kenderaan itu sudah dilihat berada dalam keadaan mencurigakan sebelum itu.

Seorang warganet, Nur Ain berkata, kenderaan tersebut sebelum itu dilihat berada di kawasan kelapa sawit seperti sedang mencari sesuatu.

Sehingga kini, belum ada ada sebarang kenyataan rasmi berkaitan penangkapan suspek daripada pihak berkuasa.

Kes kecurian buah sawit dilaporkan semakin kerap berlaku memandangkan harga tanaman itu yang tinggi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram