Duta Besar Malaysia: Tajuddin ke Indonesia bulan depan


  • Primer
  • Ahad, 19 Jun 2022

Tajuddin mengesahkan dirinya akan ke Indonesia pada bulan depan sebagai Duta Malaysia.

AHLI Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memaklumkan dia dijangka ke Indonesia pada bulan depan sebagai Duta Malaysia.

Difahamkan, Tajuddin akan menggantikan Diplomat Kanan, Zainal Abidin Bakar yang telah berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke Indonesia sejak 2008.

Sementara itu, sumber berkata, Tajuddin dan empat yang lain dijangka menerima watikah pelantikan mereka pada Isnin.

"Ya, dia antara yang menerima surat pelantikan mereka," kata beberapa sumber.

Empat lagi duta yang lain ialah Jepun, Arab Saudi, Iran dan Korea Selatan.

Untuk rekod, pada 9 November tahun lalu, Tajuddin dilihat mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam lawatan rasmi ke Indonesia, mencetuskan spekulasi bahawa beliau akan dilantik sebagai duta.

Sebelum ini, tercetus kontroversi yang mempertikaikan pemilihan Tajuddin selaku Duta Besar Malaysia ke negara jiran kerana keperibadiannya yang dikatakan tidak sesuai untuk mewakili negara. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram