Sanggup tolak 'stroller' anak semata-mata nak lintas jalan makan nasi kandar


  • Tular
  • Rabu, 15 Jun 2022

Tangkap layar video di mana lelaki itu mengacah pemandu kereta dengan menolak 'stroller' untuk melintas jalan. — Facebook

SUDAHLAH melintas di kawasan yang tidak dibenarkan, kemudian berani pula nak mengacah-acah pengguna jalan raya dengan menolak kereta sorong bayi.

Itu yang berlaku dalam satu video yang dimuat naik pengguna Facebook bernama Ah Wen ketika sedang melalui Jalan Gurdwara, Pulang Pinang pada 13 Jun lalu.

Menerusi video yang dimuat naiknya, dia terpaksa memberhentikan kenderaannya secara mengejut kerana tindakan seorang lelaki bersama keluarganya yang ingin melintas jalan.

Keluarga tersebut dipercayai ingin singgah ke restoran nasi kandar popular yang terletak di seberang jalan.

Menerusi video tersebut, lelaki itu cuba mengacah pemandu kenderaan berkenaan dengan menolak kereta sorong bayi ke tengah jalan hingga pemandu itu terpaksa memberhentikan kenderaannya secara mengejut.

Apa yang menghairankan, lelaki itu kemudian telah membuat reaksi seperti marah kepada pemandu tersebut kerana tidak membenarkannya melintas sedangkan laluan itu bukan khusus untuk lintasan pejalan kaki.

Ah Wen berkata, dia menganggap lelaki itu sebagai seorang yang pentingkan diri dan bersyukur kerana kenderaan di belakangnya juga sempat memperlahankan kereta.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet berasa tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu yang dilihat seperti membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Malah, ada yang menyatakan bahawa lelaki itu boleh disaman kerana melintas jalan di kawasan yang tidak sepatutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram