Inspektor balik kursus maut digilis lori di ibu negara


  • 112
  • Rabu, 15 Jun 2022

Seorang pegawai polis maut dalam kemalangan di Kilometer 11, Lebuhraya Grandsaga arah ke Kuala Lumpur pada Selasa. — Sinar Harian

PEGAWAI polis maut selepas digilis sebuah lori di Kilometer 11, Lebuhraya Grandsaga arah ibu negara pada Selasa.

Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, Inspektor Mohd Farhan Zahari, 28, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang, Selangor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati semasa kemalangan, mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Gombak selepas mengikuti kursus di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala pemandu lori dari Hulu Langat menghala ke Jalan Kuchai Lama.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa cuba memintas lori yang ketika itu berada di bahu kiri jalan, namun keadaan jalan berpasir menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terjatuh di hadapan tayar lori sebelum digilis,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak cedera.

“Mayat mangsa dihantar ke bahagian Forensik Hospital Serdang dan bedah siasat akan dijalankan pada Rabu.

“Kenderaan terlibat ditahan di Balai Trafik IPP Kajang untuk pemeriksaan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram