Majlis hari jadi bertukar tragedi, kafe terbakar akibat belon helium ragut 8 nyawa


  • Benua
  • Rabu, 15 Jun 2022

Kafe itu terletak di ruang bawah tanah dan sebiji belon helium meletup dan terbakar. . — Agensi

KIRA-KIRA lapan orang terkorban dalam kebakaran yang berlaku pada Selasa di Tehran, ibu negara Iran.

Berlaku satu letupan diikuti kebakaran semasa majlis hari jadi di sebuah kafe di pinggir bandar Shahriar di Tehran, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Tasnim.

Tiga kanak-kanak, tiga wanita, dan seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian, dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia di hospital.

Menurut Pejabat Pendakwaraya Shahriar, kafe itu terletak di ruang bawah tanah dan sebiji belon helium meletup dan terbakar, berdasarkan maklumat awal.

Ketika kejadian orang ramai melarikan diri ke dapur di bahagian belakang tetapi mengalami sesak nafas akibat asap. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Kebakaran, Iran, Tehran, Lapan Maut, Kafe, Belon Helium