"SEMAKIN hilang maruah dan ibarat tidak ada perasaan malu." Itu antara komen yang dilontarkan oleh warganet selepas melihat video tular aksi tidak senonoh Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli.
Rakaman berdurasi 32 saat itu mencuri perhatian orang ramai apabila aksi Kak KM menepuk punggung tiga rakannya iaitu usahawan Datuk Seri Vida, Ifa Raziah dan juga pemilik perniagaan kosmetik, Che Ta Pot atas dasar promosi.
Rakaman Kak KM memukul punggung tiga rakannya itu.
"Kita tengok punggung siapa paling menarik sekali. Siapa nak dapatkan punggung paling menarik boleh datang pada 24 Jun hingga 27 Jun sempena Karnival Usahawan Negara dekat Lalaport, Kuala Lumpur," kata mereka dalam video itu.
Difahamkan, aksi itu dibuat untuk mempromosikan Karnival Usahawan Negara yang akan diadakan bermula pada 24 Jun hingga 27 Jun ini bertempat di Lalaport, Kuala Lumpur.
Tindakan Kak KM bersama beberapa artis itu mendapat kecaman orang ramai kerana mereka menyifatkan ia tidak sepatutnya dilakukan di tempat yang terbuka dan juga tidak sopan sebagai kaum wanita yang berpengaruh.
Malah, tidak kurang juga yang menuntut respons dari Datuk Idris Ahmad selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kerana aksi itu sangat bertentangan dengan ajaran Islam.
"Apa yang mereka nak promosikan?. Kenapa penjual jamu ini dari dulu org jabatan agama tak nak panggil untuk kaunseling ke, atau denda ke sebab berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai? Bergelek kat tepi jalan la, kat luar mall...tak kan lah anda tuli sangat?" kata sadcat23.
"Bodo* sajalah, kenapa eh nak tunjuk adab macam ini. memang jenis tak malu anak-beranak tengok, saudara-mara tengok, orang keliling tengok eh? Dengan atas sana memang la tak malu kan kalau dah buat macam ni," kata pengguna Twitter, Callmeeddy.
Malah, tidak kurang juga ada pihak yang mengharapkan agar mereka semua tidak mengulangi tindakan yang sama di masa akan datang kerana risau sekiranya aksi itu menjadi ikutan dan menjadi sesuatu yang dianggap biasa oleh orang awam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram