KERAJAAN negeri akan mengkaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu yang ditetapkan sebelum ini pada hari Jumaat dan Sabtu.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan setelah pihaknya mendapat kaedah yang tuntas.
"Kita mendengar keluhan rakyat mengenai cuti hujung minggu yang berbeza untuk pihak kerajaan dan pihak swasta, (oleh itu) kerajaan negeri akan mengkaji semula perkara ini agar ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama.
"Perkara ini akan saya umumkan kelak setelah mendapat kaedah paling tuntas untuk menyelesaikannya," katanya.
Cuti minggu negeri Johor berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 susulan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menitahkan pertukaran cuti itu kepada hari Jumaat dan Sabtu.
Selain Johor, negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu juga mempunyai hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram