
PENDUDUK di sekitar Jalan Papan, Pandamaran di Klang, Selangor digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki pada Khamis.
Difahamkan, mayat lelaki tersebut ditemui oleh orang awam terapung di dalam sebuah longkang di Klang, Selangor sekitar pukul 8 pagi sebelum membuat panggilan kecemasan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, sebuah jentera dan anggota dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.16 pagi.
"Setelah membuat 'size up' di lokasi satu mayat lelaki tempatan berusia 44 tahun ditemui dalam sebuah longkang besar.
"Anggota bomba telah mengangkat mayat tersebut menggunakan pengusung dan tangga," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, mayat terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram