Remaja 13 tahun satu-satunya terselamat, 22 maut van terjunam gaung


  • Benua
  • Rabu, 08 Jun 2022

22 penumpang van maut selepas kenderaan yang dinaiki terjunam ke dalam gaung, di barat daya Pakistan pada Rabu. — Agensi

SEKURANG-KURANGNYA 22 penumpang van maut selepas kenderaan yang dinaiki terjunam ke dalam gaung, di barat daya Pakistan pada Rabu, lapor agensi Anadolu.

Nahas jalan raya itu berlaku di selekoh tajam di kawasan pergunungan Killa Saifullah terletak kira-kira 333 kilometer (km) dari Quetta, di barat daya wilayah Balochistan, Pakistan.

Pegawai daerah, Mohammad Qasim Kakar berkata, hanya seorang penumpang iaitu budak lelaki berusia 13 tahun yang terselamat dalam nahas itu.

Semua mayat telah ditemukan manakala mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, katanya.Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Pakistan, van, nahas