SERAMAI 14 orang maut dalam pergaduhan antara kumpulan pelombong emas di Arequipa, selatan Peru, menurut pejabat pendakwa raya tempatan pada Rabu.
Tujuh mayat ditemukan pada Sabtu dengan kesan tembakan, manakala tujuh lagi dijumpai pada Selasa, sementara beberapa orang masih hilang, kata pendakwa raya Arequipa, Maria del Rosario Lozada.
Keganasan berlaku pada 2 Jun 2022 di Huanaquita, di daerah Atico, wilayah Caraveli, kawasan yang menjadi pertikaian antara kumpulan pelombong itu, menurut akhbar tempatan El Comercio.
Pihak berkuasa telah menahan 31 orang berhubung kejadian itu, kata Lozada.
Pejabat pendakwa sedang menganalisis video dan audio berhubung kejadian itu untuk mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram