Zuraida letak jawatan menteri, keluar Bersatu


  • Politik
  • Khamis, 26 Mei 2022

Zuraida akan berjumpa Perdana Menteri secepat mungkin untuk membincangkan tentang peletakan jawatan beliau.

AHLI Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin meletakkan jawatan sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi dan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas mengambil keputusan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

"Insya-Allah, saya akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secepat mungkin untuk membincangkan peletakan jawatan saya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi," kata bekas ahli majlis tertinggi Bersatu itu dalam satu kenyataan akhbar. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram