PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjadi buah mulut dalam kalangan peminat bola sepak tanah air sejak beberapa hari kebelakangan ini ekoran drama perbalahannya dengan pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Para penyokong bola sepak tanpa mengira kelab pilihan masing-masing bagai mengunyah bertih jagung melihat episod berbalas 'serangan' demi 'serangan' oleh kedua-dua figura itu antara satu sama lain.
Bermula daripada isu 'tokong' hinggalah isu pendrive, Sanusi dan Tunku Ismail, masing-masing tidak berdiam diri bahkan ada saja kenyataan balas yang dibuat oleh kedua-dua pihak berkenaan.
Di sebalik perbalahan itu, ada penyokong KDA FC dilihat tidak bersetuju dengan jawapan kurang matang Sanusi yang dianggap 'tidak berpijak di bumi nyata' selain cuba mempolitikkan isu berkenaan.
"Dia tanya pendrive. Aku nak tanya stadium baru bila nak pecah tanah?," persoal seorang penyokong bola sepak tanah air, Faisal Mustapha di ruangan komen Facabook Semuanya Bola Group.
Projek stadium baharu Kedah yang dianggarkan menelan bajet sebanyak RM70 juta. — Facebook
Mengulangi sindirin pedas Tunku Ismail, Faisal turut mempersoalkan apakah sumbangan Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah kepada bola sepak tanah air.
"Aku nak tanya baliklah pada Menteri Besar yang baru sibuk pasal bola. Apa sumbangan dia pula? Jangan kata kepada bola sepak Malaysia, Kedah pun dia tak ada beri sumbangan.
"Kedah dapat main dalam Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tu sumbangan siapa? Kalau JDT tak main Liga Juara-Juara AFC (ACL), jangan mimpi Kedah dapat main AFC.
"Dah tentu JDT dengan KL City yang main AFC. Itu belum cerita dua kelab Malaysia yang akan dapat slot automatik ACL," katanya lagi.
Tangkap layar komen penyokong terhadap Sanusi. — Facebook
Sebelum ini, KDA FC menerusi laman web rasmi mereka memuat naik satu dokumen ‘Club Prospectus 2022,’ yang menyatakan bahawa kelab itu mempunyai projek masa hadapan bagi membina sebuah stadium baharu bernilai RM70 juta.
Selain stadium berkenaan, sebuah tempat latihan juga akan dibina dengan melibatkan kos RM20 juta.
Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah dilaporkan berkata, stadium berkenaan yang akan dibina di Sungai Petani bakal menyediakan pelbagai kemudahan dan akan menjadi pusat latihan pemain.
Namun, selepas kira-kira empat bulan sejak diumumkan pada awal Februari lepas, berita mengenai stadium baharu Kedah yang dikatakan menghampiri kualiti stadium JDT itu sunyi sepi tanpa perkembangan terkini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram