SEBANYAK enam buah rumah terbakar dan mengakibatkan lebih 37 penghuninya tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian di Kampung Bubul, Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu.
Difahamkan, kebakaran berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah malam melibatkan sebuah rumah sebelum merebak ke rumah lain.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.57 tengah malam.
Kejadian kebakaran yang mengakibatkan enam buah rumah musnah di Kampung Bubul. — JBPM Sarawak
"Kita berjaya mengawal kebakaran kira-kira pukul 1.34 pagi, namun rumah yang dibina dengan kayu itu telah musnah kesemuanya.
"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.18 pagi dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.
Dalam pada itu, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran dan menilai jumlah kerugian. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram