Polis buru 2 lelaki bergaduh, rosakkan kenderaan di Kota Belud


  • Tular
  • Rabu, 25 Mei 2022

TANGKAP layar rakaman pergaduhan berhampiran Restoran Gula Apong, Kota Belud pada Selasa.

TINDAKAN dua orang lelaki yang terbabit dalam pergaduhan di Kota Belud, Sabah mengundang padah apabila kedua mereka diburu polis.

Kejadian difahamkan berlaku pada pukul 4.40 petang di kawasan tepi jalan berhampiran Restoran Gula Apong, Kota Belud yang mana perlakuan mereka itu sehingga merosakkan sebuah kenderaan.

Rakaman video pergaduhan membabitkan dua orang lelaki sehingga merosakkan sebuah kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superitendan Shahrudin Mat Hasan berkata, pihaknya berjaya mengesan video tular berkenaan sejak Selasa.

Menurut Shahrudin, rakaman berdurasi 19 saat itu menunjukkan pergaduhan antara dua orang lelaki yang merosakkan sebuah kenderaan di kawasan tersebut.

"Pihak IPD Kota Belud mengambil tindakan dengan mengesan semua suspek yang terkibat bagi memberi keterangn dan membantu siasatan berhubung kejadian itu.

"Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat dibawah seksyen 427 Kanun Keseksaan," jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Dalam pada itu, Shahrudin turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Jelasnya, perkara itu adalah untuk menghindari sebarang kekeliruan dan kegusaran masyarakat dan boleh menganggu siasatan yang dijalankan pihak polis.

Sejak dimuatnaik pada Khamis, video berkenaan mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet sehingga ada yang mengesyaki suspek merupakan pendatang asing tanpa izin (Pati).

"Jangan-jangan PTI (Pati) mungkin, cuba cek dokumen mereka," kata pengguna media sosial, Addy Montel.

"Naaa, boleh jadi bukan warga ini yang bergaduh. Selalu buat hal PTI saja," kata Jushhh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram