Pemandu pengsan, van sekolah bawa murid terlibat nahas dekat Angkasapuri


  • Tular
  • Isnin, 11 Apr 2022

Tangkap layar sekumpulan para pelajar sekolah rendah yang terbabit dalam insiden tersebut. — Facebook

TULAR di media sosial insiden kemalangan membabitkan van membawa pelajar sekolah rendah berdekatan bangunan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri di ibu negara pada Isnin.

Video berdurasi 2 minit 19 saat itu memaparkan keadaan beberapa pelajar sekolah yang turut mengalami kecederaan ringan.

Tiada mangsa didakwa maut dalam kejadian tersebut.

Pemandu van sekolah tersebut dilihat tidak sedarkan diri.

Beberapa penunggang motosikal turut dilihat membantu mengawal lalu lintas dan menenangkan sekumpulan pelajar sekolah rendah terbabit.

Punca kejadian masih tidak diketahui.

Majoriti sedang cuba mendapatkan kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram