Aksi 'Spiderman' pelajar sekolah di Johor cetus kebimbangan


  • Tular
  • Jumaat, 08 Apr 2022

Video tersebut memaparkan seorang pelajar melakukan aksi 'spiderman' dengan berpaut pada bahagian luar balkoni tingkat empat.

AKSI berani pelajar sekolah di tingkat empat balkoni tangga sekolah mencetuskan kebimbangan orang ramai terutama di media sosial.

Pekara itu dikongsi menerusi sebuah rakaman video oleh pengguna Facebook, Riddles Haice Senz yang memaparkan sekumpulan pelajar di balkoni berkenaan dan ada yang membuat aksi memanjat balkoni di tingkat empat itu.

Menurut Riddles Haice Senz, kejadian itu dipercayai berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ledang, Tangkak, Johor.

"Musim budak sekolah buat hal, jika terjatuh dari tingkat empat apa hidup atau tidak," katanya.

Bukan sekadar bermain di balkoni, dalam video tersebut, terdapat seorang pelajar melakukan aksi 'spiderman' dengan berpaut pada bahagian luar balkoni tingkat empat itu.

Perkara itu turut mengejutkan perakam video berkenaan yang kemudian memberi respons bahawa aksi tersebut membahayakan.

Aksi yang dipaparkan sememangnya membahayakan dan boleh mengundang maut jika berlaku kemalangan yang tidak diduga.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kejadian itu merupakan video lama atau baru berlaku.

Majoriti sedang cuba menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan maklum balas mereka mengenai kejadian berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram