Masih bebas, pemburu baju dalam wanita makin bermaharajalela di Taman Makmur, Kluang


  • Tular
  • Jumaat, 08 Apr 2022

INDIVIDU (dalam bulatan) terbabit didakwa pernah melakukan kegiatan tidak bermoral itu di kawasana sama sebelum ini. — Facebook

TULAR di media sosial rakaman seorang individu yang mencuri pakaian dalam wanita di Taman Makmur, Kluang, Johor pada Jumaat.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku pada pukul 3.35 pagi Jumaat.

Menerusi rakaman video berdurasi 45 saat itu, individu tersebut dilihat mencuri pakaian dalam wanita yang disidai di luar rumah mangsa.

Individu berkenaan kemudiannya memanjat tembok rumah terbabit selepas melakukan kegiatan tidak bermoral itu.

Wajah suspek dapat dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah tersebut.

Menjengah di ruangan komen media sosial, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku di kawasan berkenaan.

"Dia buat lagi, mungkin hobi dia kumpul pakaian dalam ini, aku ingat," kata pengguna Facebook, Memey Syazny.

"Ini mesti orang yang sama juga ini, nak jual bundle (pakaian terpakai) agaknya," ujar seorang lagi pengguna Facebook, Rahim Rahim.

Majoriti sedang mendapatkan kenyataan daripada polis berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram