Aksi staf Prasarana pukul lelaki curi barang undang kecaman


  • Tular
  • Selasa, 29 Mac 2022

TANGKAP layar video tular yang menunjukkan seorang kakitangan Prasarana memukul seorang pemuda di sebuah kedai serbaneka.

SATU video yang memaparkan kekasaran seorang lelaki dipercayai kakitangan Prasarana terhadap seorang lelaki berbangsa India di sebuah kedai serbaneka 7-Eleven tular di media sosial pada Selasa.

Menurut maklumat yang dikongsi orang awam, kakitangan Prasarana itu memukul lelaki tersebut kerana didakwa ingin mencuri.

Menerusi video tersebut, dia dilihat memukul kepala pemuda itu sambil memarahi dan menyuruhnya untuk melakukan pembayaran.

Seorang lelaki beruniform yang berada di sebelah kakitangan Prasarana itu juga dilihat memukul lelaki itu.

Orang ramai mengecam tindakan kakitangan Prasarana itu dan menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan ke atasnya.

Setakat ini, lokasi kejadian masih belum dapat dipastikan dan masih belum terdapat kenyataan daripada pihak polis mahupun Prasarana berhubung insiden itu.

Majoriti difahamkan Prasarana akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram