Hairan minyak masak peket Malaysia dijual berlambak di Indonesia


  • Massa
  • Jumaat, 18 Mac 2022

KEDAI runcit di Nunukan, Indonesia yang didakwa menjual minyak masak peket keluaran Malaysia.

KETIKA masyarakat Malaysia khususnya di Tawau, Sabah mengalami masalah kekurangan bekalan minyak masak terutamanya minyak masak peket, ramai yang tertanya-tanya mengapa ia banyak dijual di negara jiran, Indonesia.

Aduan seorang wanita di Tawau, Sabah iaitu pengguna Facebook Liza Kzk mendakwa bahawa sebuah kedai di negara jiran, Indonesia menjual minyak masak peket dengan harga RM6.00 sepeket.

minyak peket

HANTARAN dari pengguna Facebook Liza Kzk.

Situasi itu difahamkan berlaku di sebuah kedai di Nunukan, Indonesia apabila kelihatan kedai tersebut menjual dua jenis minyak peket keluaran Malaysia.

"Kita di Tawau mahu beli minyak masak peket ini syukur kalau dapat. Kalau ada pun limit lagi kasihan dua bungkus untuk satu orang.

"Jadi kenapalah boleh melimpah ruah di seberang, orang Tawau pun beli pakai duit kan? Atau orang seberang guna duit jongkong emas beli minyak masak?," dakwanya.

Rentetan posting itu, ramai warganet sangat marah dan berasa pelik bagaimana minyak masak keluaran Malaysia boleh dijual di negara lain sedangkan rakyat sangat terkesan mencari-cari sepeket minyak masak.

"Susahnya dapat minyak plastik di Tawau ni sudah dua bulan tiada minyak plastik aku jumpa tapi banyak ada pula di Nunukan," kata pengguna Facebbok, Atirah Saleng.

"Barang-barang kawalan dan bersubsidi tidak boleh dijual keluar...(Negara lain). Tu hanya untuk rakyat Malaysia...Tapi di mana silapnya," ujar Asna Mahmud.

"Ini mesti banyak penyeludupan minyak masak ke Indonesia, pihak berkuasa tolong siasat...#PDRM #KPDNHEP #KPDNKK," dakwa Mohamad Kurnia.

Majoriti kini cuba mendapatkan maklum balas daripada pihak berkuasa berhubung perkara tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram