Minyak masak jadi mas kahwin pengantin 'otai'


  • Benua
  • Rabu, 23 Feb 2022

PASANGAN mempelai di Jawa Timur ini menjadikan minyak masak peket sebagai mas kahwin. — Kompas

PASANGAN mempelai warga emas di Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia dikenali sebagai Supadi, 60 dan Sumariati, 54, memilih minyak masak peket satu liter sebagai mas kahwin pada hari pernikahan mereka pada Selasa.

Ketua Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) daerah Sooko, Meky Hasan Tachtarudin mengesahkan ada salah satu pernikahan pada tarikh unik 22 Februari 2022, yang mana pasangan tersebut memilih minyak masak sebagai mahar.

Pengantin lelaki dikatakan memilih minyak masak sebagai mas kahwin kerana ia kini sangat jarang ditemui di pasaran Indonesia berikutan kehabisan stok bekalan.

Menurut pasangan pengantin itu, minyak masak dipilih kerana walaupun ia ringkas, namun barangan runcit itu menjadi keperluan asas kepada setiap isi rumah.

"Maka minyak masak sebagai mas kahwin itu diberikan oleh pengantin lelaki kerana ia diperlukan dalam rumah tangga. Falsafahnya walaupun sederhana tetapi berguna," kata Meky pada Selasa.

Selain minyak masak, jelas Meky, pengantin lelaki juga memberikan mas kahwin berupa wang tunai bernilai satu juta rupiah (RM291.23).

Akad nikah Supadi dan Sumariati berlangsung di rumah pengantin perempuan di Desa Suru, daerah Sooko, wilayah Ponorogo, Jawa Timur.

Mereka melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh unik yang jatuh pada Selasa (22 Februari 2022). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram