DUA lelaki maut selepas kereta yang dinaiki melanggar sebuah lori yang dipercayai sedang membuat pusingan U di hadapan Balai Polis Bukit Raja, dekat Shah Alam, Selangor awal pagi Rabu.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, dalam kejadian pada 2.29 pagi itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di dalam Perodua Bezza yang dinaiki mereka.
"Kenderaan yang dinaiki kedua-dua mangsa dari arah Jalan Haji Sirat menghala ke Kapar telah terperosok masuk dan melekat di bawah lori yang dipercayai sedang membuat pusingan U di tempat kejadian.
"Kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam kereta berjaya dikeluarkan pada kira-kira 3.50 pagi. Mereka yang mengalami kecederaan parah kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pemandu lori berkenaan tidak dapat dikesan dipercayai telah meninggalkan lokasi kejadian, katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram