Pemandu treler maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan di Gerik


  • 112
  • Isnin, 07 Feb 2022

KEADAAN sebuah treler yang terbalik, selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dan motosikal pada Ahad. — Bomba

SEORANG pemandu treler membawa muatan dedak haiwan maut, manakala tujuh individu cedera selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dan motosikal di Kilometer 34, Jalan Raya Timur Barat, di Tasek Banding, dekat Gerik, Perak pada petang Ahad.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Nor Amin Mohamad Ismail, 37, dan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 4.42 petang.

"Kami segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan pelanggaran tiga kenderaan yang mengakibatkan pemandu treler tersepit.

"Kelindan treler hanya mengalami kecederaan dan lima mangsa yang menaiki kereta Proton Saga serta penunggang motosikal juga cedera," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum mereka dihantar ke Hospital Gerik untuk tindakan lanjut manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bomba, kemalangan, maut, pemandu treler