Tiada sebarang kertas SPM ketika PRN Johor berlangsung


  • Massa
  • Sabtu, 12 Feb 2022

PETUGAS SPR membantu seorang pengundi pada PRN Melaka di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar dekat Masjid Tanah, Melaka pada November 2021. — Bernama

BAHANG Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian.

Pada masa sama, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula bakal diadakan bermula 2 Mac hingga 29 Mac depan.

Khuatir dengan penularan kes baharu Covid-19, seorang pengguna Twitter, @HafizRayyan tampil mempertikaikan sekiranya sekolah dijadikan tempat mengundi ketika para pelajar sedang menghadapi peperiksaan besar itu.

Oleh itu, dia berpendapat akan berlaku pertindihan tarikh, yang mana PRN dan SPM diadakan pada hari sama.

"20,939 kes Covid-19 baharu. Cikgu sekolah Johor pula kena hadap PRN yang berlangsung semasa murid ambil SPM?

"Meja, kerusi disusun untuk SPM. Then ubah untuk PRN? Umno bubar tak fikir ke? Menyusahkan cikgu dan murid," ciapnya kesal.

305f6f32-9556-4a80-8706-997b85327e98

TANGKAP layar hantaran pengguna Twitter berkaitan PRN Johor dan SPM pada Jumaat.

Begitupun tampil menjelaskan perkara itu, Pakar Pendidik, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, kebiasaannya terdapat penyusunan semula antara PRN dan SPM supaya tidak berlaku sebarang pertindihan tarikh.

Tambahan pula, jelas beliau, tiada sebarang kertas peperiksaan SPM diadakan pada 12 Mac.

Screenshot 2022-02-12 122704

ANUAR Ahmad berkata, SOP ketika PRN dan SPM dipatuhi dengan baik adalah lebih penting. — Bernama

Justeru, katanya, tiada sebarang pertindihan tarikh antara PRN dan SPM kerana ia tidak dijalankan serentak.

"Ia perlu dilaksanakan yang mana PRN telah termaktub dalam Perlembagaaan, manakala SPM pula dijadualkan dengan perancangan.

"Kedua-duanya boleh dilaksanakan dengan penjadualan yang betul, cuma isunya tentang bagaimana SOP (prosedur operasi standard) dapat dipatuhi dengan baik sama ada ketika PRN atau SPM. Itu lebih penting," katanya kepada Majoriti.

Menurut portal upuonline.com, tarikh peperiksaan SPM bermula pada 2 Mac hingga 29 Mac 2022, manakala hasil semakan Majoriti turut mendapati tiada sebarang kertas peperiksaan dijalankan pada 12 Mac, yang juga tarikh pelaksanaan PRN Johor.

iguru_2_1577533790

MOHD Azizee berkata, SPM tidak mengganggu proses mengundi.

Sementara itu, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, SPM tidak mengganggu proses mengundi kerana banyak bilik atau kelas boleh digunakan.

Beliau berkata, pelajar SPM menggunakan dewan bagi menjawab peperiksaan itu.

"Saya rasa tak ada isu. Sebab satu sekolah kan banyak bilik. Jadi, mereka (pengundi) boleh menggunakan bilik yang ada," katanya ringkas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram