
PELAJAR yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Mac sudah tidak sabar untuk menyelesaikan perperiksaan tersebut.
Walaupun ramalan kes Covid-19 akan meningkat melebihi 22,000 kes setiap hari, kebanyakan pelajar SPM mahu peperiksaan tersebut diteruskan.
Seorang pelajar dari Bandar Baru Ampang, Selangor, R. Sahatheyvan berkata, pelajar yang belum menerima vaksin perlu diasingkan supaya tidak menimbulkan risiko kepada mereka yang telah divaksin.
"Tiada sebab untuk menangguhkan SPM," kata gadis berusia 17 tahun itu.
“Ya, kami mengambil berat tentang kesihatan kami, tetapi terdapat ramai pelajar yang berputus asa dan berkahwin manakala ada yang mula bekerja.
“Jika kerajaan benar-benar prihatin, banyak tindakan lain boleh dilakukan seperti menutup pusat beli-belah atau lokasi pelancong.
“Masa depan negara bergantung kepada belia, tetapi bagaimana pula dengan masa depan kami jika kehidupan berterusan seperti ini?” katanya.
Mengenai sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Sahatheyvan turut memberitahu, subjek Matematik (Tingkatan Lima) perlu berdasarkan tahap kefahaman pelajar.
Bagaimanapun, terdapat beberapa topik yang diambil daripada subjek Matematik Tambahan Tingkatan Enam yang dimuatkan dalam mata pelajaran tersebut (Matematik), menjadikannya ia lebih sukar bagi buat pelajar.
Seorang lagi pelajar, Maizatul Ameera Abdul Manat, 17, dari Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor, bimbang sekiranya peperiksaan SPM mungkin ditangguhkan.
Dia berkata, penantian itu menyebabkan dia lebih tertekan.
“Selagi pelajar sihat dan ujian Covid-19 mereka negatif, saya tidak nampak mengapa mereka (kerajaan) perlu menangguhkan SPM. Kita hanya perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP),” katanya.
Maizatul berkata, sukatan pelajaran KSSM cukup sukar, jadi kebimbangan terhadap Covid-19 tidak sepatutnya membebani fikirannya.
Jika kerajaan menangguhkan SPM, pelajar akan berhenti sekolah, kata seorang lagi pelajar, Jasmine Husin Ahmad dari Kuala Lumpur.
“Sukatan pelajaran KSSM jauh lebih sukar kerana soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT),” kata remaja berusia 17 tahun itu.
“Jika mereka menangguhkan SPM, saya tidak fikir pelajar mahu menunggu. Ramai daripada mereka sudah berputus asa. Jalan yang terbaik, utamakan SPM seperti yang dijadualkan.”
Sementara itu, seorang lagi pelajar, T. Hareinraaj, 17, dari Ampang Jaya, Selangor bersetuju dengan Jasmine.
“Kumpulan pelajar KSSM sebelum ini mempunyai soalan lepas yang boleh dirujuk, tetapi kita perlu tunggu dan lihat apa soalan yang akan diberikan.
“Bagi pelajar yang tidak divaksin, saya rasa lebih baik mereka diasingkan.
"Sekiranya pelajar mematuhi SOP, semuanya akan baik-baik saja," katanya.
Nurul Afiqah Ahmad Rusdi dari Ampang Mewah, Selangor berkata, mereka sudah "kecut otak" membuat persiapan untuk SPM.
Pada ketika ini, dia tidak mahu apa-apa selain menghabiskan peperiksaannya.
“Harapan kami tidak tinggi. Kami hanya mahu lulus peperiksaan kerana semua subjek sukar kali ini.
"Kami bimbang tentang penangguhan," katanya.
Nurul Afiqah berharap Kementerian Pendidikan memberi kemudahan kepada mereka.
“Sistem ini semakin sukar dan ia terus memberi tekanan kepada kami. Jadi mari kita selesaikan sahaja,” katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram