Tun M masih sihat


  • Primer
  • Ahad, 23 Jan 2022

RAWATAN yang diterima oleh Dr Mahathir di CCU adalah berkaitan jantung. — The Star

AZIDA Eyda Azmi berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berada dalam keadaan sihat.

Setiausaha Penyelaras Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan Parlimen Titiwangsa itu berkata, rawatan yang diterima oleh Pengerusi Pejuang di Unit Rawatan Koronari (CCU) adalah berkaitan jantung.

"Tun M hanya mendapatkan rawatan elektif. Jangan over report (lapor keterlaluan) pula kata Tun M kritikal, Tun M sihat seadanya.

"Yang dok post (hantaran) kata Tun M dah meninggal tu, u better watch out (lebih baik anda berhati-hati). That’s all for now (itu sahaja buat masa ini),” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Azida menerusi ruangan komen turut menafikan berita tular daripada WhatsApp bahawa Dr Mahathir meninggal dunia.

“Merangkaklah nanti si pembuat spekulasi tu mencari Tun nanti. Kalau meninggal akan ada kenyataan rasmi. Jangan biar langau-langau buat tahi,” katanya.

Pengamal media sejak Sabtu mula berkumpul di luar Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan Dr Mahathir.

Bagaimanapun, Datin Paduka Marina yang merupakan anak Ahli Parlimen Langkawi itu memaklumkan, keadaan bapanya kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Januari lepas.

Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Januari dan beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut tersebut dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 8 Januari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram